Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan telah bersedia untuk ‘menggalas’ tanggungjawab di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti. Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya, bukan setakat pilihan raya kecil Dun Galas, sebaliknya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti akan memastikan calon PAS memenangi Dun berkenaan. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Halwa Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini hari ini. Program berkenaan dan pelancaran tabung pilihan raya umum dan Dun Galas dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama pada program itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Mahmood dan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Katanya lagi, Dewan Muslimat PAS seluruh Kelantan akan memastikan calon PAS mengekalkan kemenangannya pada pilihan raya kecil akan datang. “Kita yakin pengundi tidak akan memihak pada calon BN memandangkan kerajaan BN hari ini mengkhianati rakyat Kelantan dengan menafikan pembayaran royalti. “Selain itu, rakyat juga telah sedar Umno dan BN gagal mentadbir negara, bukan sahaja setakat gejala sosial semakin tenat berlaku di negara ini, sebaliknya kerajaan tidak boleh lari dari mendapatkan hasil ekonomi negara dari judi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Sambungnya, sepanjang tahun lalu kerajaan Malaysia berjaya perolehi RM12.67 bilion dari hasil cukai lesen judi di seluruh negara. Katanya, rakyat kena sedar, lesen judi hanya boleh diluluskan oleh Kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri. “Paling menyedihkan, hasil cukai lesen judi kerajaan membelanjakan untuk bantuan pelajar sekolah, membantu orang susah di samping mangsa bencana alam seperti banjir dan ribut. “Sanggupkah kita menikmati hasil judi yang tentunya diharamkan oleh Allah, dan sanggupkah kita menerima hasil judi untuk selama-lamanya?” soal Zailah lagi. |
Sunday, October 3, 2010
Galas: Muslimat Kelantan sedia galas tanggungjawab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment