Wednesday, October 6, 2010

DUN Galas: 26 Oktober penamaan calon, 4 November mengundi

BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, manakala 4 November sebagai hari mengundi.

Pengumuman tarikh pilihan raya kecil itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Galas, di sini, pagi ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

No comments: