Tuesday, October 5, 2010

Bantuan RM100: Lakonan Umno masuk perangkap sendiri

WarkahDaily

Semakin hari semakin Umno tidak keruan. Semakin hari menampakkan diri mereka terlalu bodoh dan mudah diperbodohkan.

Segala gerak-geri dan tindak-tanduk seolah-olah macam tidak berfikir dahulu sebelum bertindak. Asalkan nak kenakan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang didakwa menggunakan wang haram hasil judi untuk bantuan RM100 orang miskin.

Betapa kalutnya Umno bila DAP bantu orang Melayu, kerana sebelum ini mereka tidak pernah membantu rakyat miskin di Pulau Pinang, lebih-lebih lagi orang Melayu. Mundurnya Melayu Pulau Pinang sekarang tidak lain tidak bukan adalah hasil berpuluh-puluh tahun Umno-BN memerintah Pulau Pinang.

Bila DAP-PR cuba membantu rakyat termasuk orang Melayu, maka sudah pasti Umno yang tidak senang dengan bantuan yang diberikan kepada Melayu cuba bermain provokasi kononnya duit yang diberikan DAP adalah haram kerana hasil perjudian.

Sesekali nak gelak pun ada. Maklumlah, sejak bila Umno ambil kira halal dan haram pasal duit ni. Sebelum ni yang duk lulus lesen judi bukan orang lain pun, Umno jugak. Sekarang sibuk nak mengajak orang lain, judi adalah haram.

Setelah diatur satu lakonan konon rakyat cuba menyerah balik duit bantuan kerajaan PR Pulau Pinang, konon duit haram, ada beberapa pelakon yang nampak kebodohannya telah termakan dengan dakyah pemimpin Umno negeri.

Macamana cara lakonan depa tu, tak tahulah apa gayanya. Nak kata duit tu depa (pemimpin Umno) duk bagi kat orang tua tu, lepas tu duk campak dalam tong pun boleh jadi jugak. Tetapi yang pasti, berapa kerat sangat yang termakan kata-kata pemimpin Umno.

Yang penulis nak gelak, bila pemuda Pakatan Rakyat mencabar sesiapa yang dapat elaun daripada kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk wakil rakyat daripada Umno yang merasakan duit kerajaan PR tidak halal supaya menyerah kembali kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri.

RM100 bolehlah depa sibuk nak buat gimik serah kembali duit tu, tapi bila masa beribu-ribu ringgit duit elaun pulak, depa terdiam pulak dah.

Hahahah…dah masuk perangkap sendiri dah. Takdak sorang pun wakil rakyat Umno Pulau Pinang bersuara atau bersedia untuk serahkan kembali duit elaun depa kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri.

Kantoi…kantoi…Sampai sekarang terdiam depa ni. Seolah-olah apa yang depa duk kecohkan tu dah selesai dah.

Itulah perangai orang Umno, asal nak serang PR, tapi kena badan sendiri lepas barulah depa reti nak diam. Memang cap ayam punya.
Harakahdaily - Adun Umno dicabar kembalikan elaun

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar 11 Adun Umno di negeri ini mengembalikan semua gaji dan elaun wakil rakyat kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri kerana tiada satu pun yang halal dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang.

"Jika Umno betul-betul pembela dan menitikberatkan tentang kebersihan wang hasil pemberian kerajaan negeri, mereka patut dulu melakukan tiga perkara. Jangan hanya berlagak teliti dalam hal agama walhal merekalah yang paling membelakangkannya," ujar Setiausaha Angkatan Muda Keadilan negeri, Syed Mikael Rizal Aidid yang membacakan kenyataan sekretariat itu.

Selain beliau, kenyataan bersama itu ditandatangani Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Ng Wei Aik serta Zamadi Omar yang mewakili Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri.

Cabaran itu adalah antara desakan terhadap Umno agar melakukan tiga perkara jika parti itu terus memfitnah kononnya pemberian wang RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri tahun ini dari sumber judi.

Mereka juga mendesak Umno agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia (lidah rasmi Umno) memulangkan semua gaji kerana ada unsur dalam penghasilan gaji menerusi iklan 4 nombor ekor.

Mereka turut mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia kerana tidak ada satu pun gaji mereka boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

Menurut Mikael, pendedahan laman web Pisau.Net semata-mata mencari publisiti manakala Umno pula menjadikannya bahan menghentam kerajaan negeri tanpa menyedari sumbangan tersebut untuk Program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukanya untuk Program Penghargaan Warga Emas.

Exco Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menyimpan sebanyak RM24 juta untuk RAK tanpa mengganggu peruntukan program Penghargaan Warga Emas.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus menjelaskan bahawa sumbangan RM2 juta dari Kelab Lumba Kuda tidak disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

"Umno nampak lawak bila mengadakan program bersama 40 orang penerima wang RM100 untuk mengembalikan kepada kerajaan negeri," tegas beliau.

No comments: