LAPORAN - AFP | ||
|
Pihak berkuasa Indonesia merayu bantuan selepas tsunami melanda sebuah kepulauan, diikuti pula dengan letupan gunung berapi, mengakibatkan ramai yang terkorban dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.
Sekurang-kurangnya 154 orang terkorban manakala kira-kira 400 lagi masih hilang, kata para pegawai.
"Mereka kehilangan rumah masing-masing dan sekarang memerlukan banyak bantuan. Khemah tiba hari ini, tetapi kita masih perlukan banyak lagi," kata ketua pengurusan bencara daerah Sumatera Barat, Harmensyah.
"Kita perlu mencari orang yang hilang secepat mungkin. Sebahagian daripada mereka mungkin telah menyelamatkan diri di kawasan pergunungan. Tetapi mungkin ramai juga yang telah dihanyutkan."
Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka.
Gempa bumi yang melanda Isnin lalu di kepulauan Mentawai - sebuah kawasan yang popular dengan aktiviti peluncuran, mencetuskan tsunami setinggi tiga meter (10 kaki) dan memusnahkan 10 buah kampung.
Sementara itu ombak tsunami melonjak sejauh 600 meter ke daratan kepulauan Pagai Selatan, kata para pegawai. Di pulau Pagai Utara, sebuah pusat peranginan dan hampir 200 rumah musnah.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan tempoh lawatan ke Vietnam untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin negara-negara Asean dan dalam perjalanan ke Mentawai. Menurut para pegawai, beliau dijangka tiba pada hari Khamis.
No comments:
Post a Comment