Khamis, 1 Oktober 2009

Murugiah diminta letak jawatan Senator, Timbalan Menteri

BERNAMA


KOTA BAHARU: Senator Datuk T. Murugiah diminta supaya meletakkan jawatan sebagai senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum menyaman Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata sebagai senator yang dipilih melalui kuota PPP, Murugiah tidak sepatutnya menyaman parti itu dan sebagai seorang Timbalan Menteri, beliau tidak sepatutnya menyaman ROS yang merupakan agensi kerajaan.

"Sebagai seorang pemimpin, Murugiah harus menghornati kedudukannya di dalam kerajaan dan tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia bertentangan dengan semangat 1Malaysia," katanya ketika mengulas laporan media bahawa Murugiah mahu menyaman PPP dan ROS yang membatalkan keputusan mesyuarat agung luar biasa yang melantiknya sebagai "Presiden" PPP.

"Kenapa nak saman, kenapa tidak letak jawatan yang diberikan mengikut kuota parti?," katanya.

Tiada ulasan: