Khamis, 29 Oktober 2009

Ronnie Nafi Pejabat Rasmi Digunakan Untuk Kegiatan Kongsi Gela

TV SELANGOR


Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman hari ini mengambil keterangan daripada pegawai khas seorang Exco Selangor di sini berhubung dakwaan ada pejabat Exco digunakan sebagai tempat untuk mesyuarat ahli kongsi gelap.

Daniel Chong, 22, pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor Ronnie Liu TianKhiew, dilihat memasuki pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK Selangor) yang terletak di Tingkat 5,Bangunan Umno, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan difahamkan beliau memberi kenyataan selama hampir empat jam.

Ketika ditemui pemberita, Chong berkata beliau memberikan keterangan sebagai saksi berhubung dakwaan berkenaan dan soalan-solan yang ditujukan kepadanya adalah berkaitan dengan bidang tugasnya sebagai seorang pegawai khas dan kedatangan pelawat ke pejabat Ronnie Liu.

Ecxo Kerajaan Negeri, Ronnie Liu dengan tegas menafikan pejabat rasminya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor digunakan untuk kegiatan kongsi gelap.

“Memang tidak adalah (aktiviti). Kita sudah buat penjelasan.walaubagaimanapun sekarang PA saya(Daniel) masih di pejabat polis dan dalam siasatan, dia masih di sana dan saya masih belum menerima laporan terkini”,katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Shah Alam petang tadi.

Beliau berkata, pihak polis datang dengan cara yang baik untuk membuat siasatan terhadap pembantu peribadinya.

Tiada ulasan: