Khamis, 29 Oktober 2009

Pegawai Kastam KLIA, 2 awam ditangkap SPRM

MALAYSIA KINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap seorang pegawai Kastam dan dua orang awam kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata pegawai kastam itu bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, pegawai itu dan dua orang awam tersebut ditahan semalam.

Kenyataan itu berkata, mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok yang dianggarkan bernilai RM840,000.

"SPRM juga turut merampas sebuah lori yang berisi dengan kotak-kotak rokok dalam operasi tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, mereka kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ibi.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan: