Khamis, 29 Oktober 2009

Kerajaan Negeri Anjur Roadshow ‘Jom Kerja’

TV SELANGOR


Kerajaan negeri Selangor telah mengenal pasti 20 ribu kekosongan pekerjaan dalam pelbagai jenis syarikat industri di negeri ini.

Justeru itu kerajaan negeri akan menganjurkan roadshow 'Jom Kerja' pada 7 dan 8 November depan sebagai membantu rakyat negeri ini mendapatkan pekerjaan.

"Kita mengalu-alukan semua penganggur, siswazah yang menganggur,remaja belia yang tak dapat pekerjaaan, ibu tunggal merebut peluang ini.Kita lihat trend mendapatkan pekerjaan telah meningkat di Selangor",katanya.

Dr Halimah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Shah Alam petang tadi.

Dalam perkembangan lain,katanya Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan RM3.5 juta untuk baikpulih Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Negeri Selangor.

Majlis yang akan dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali merupakan bantuan fasa kedua daripada kerajaan negeri berikutan fasa pertama telah disalurkan pada Julai lalu kepada 24 buah sekolah berjumlah RM2 juta.

Tan Sri Khalid dijangka akan menyerahkan bantuan ini kepada wakil-wakil Sekolah Agama Rakyat di Selangor esok,jam 3 petang di Mahad Tahfiz Ummul Qura, Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Tiada ulasan: