Khamis, 29 Oktober 2009

Kes video klip Lingam masih belum ditutup

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes siasatan ke atas klip video VK Lingam masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKR - Wangsa Maju), pada Sidang Dewan Rakyat, Hishammuddin berkata cuma kini tersebut tidak lagi diuruskan oleh pihak polis tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hishammuddin menambah, siasatan itu masih lagi diteruskan dan tidak ditutup sebagaimana yang disangka oleh ramai pihak.

Tiada ulasan: