Jumaat, 6 Disember 2013

Banjir: Nisa' buka pusat pengumpulan barang bantuan


HAZAYANI ZAKARIA


KUALA LUMPUR: NGO Nisa' Malaysia sedang berada di dua lokasi di ibu negara bagi mengumpul barang-barang sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor.

Bermula jam 1.00 tengah hari tadi sehingga jam 12 tengah malam ini, sukarelawan Nisa' Malaysia berada di tempat letak kereta terbuka Padang Merbok dan Dataran Merdeka.

Justeru, warga kota dialu-alukan menghulurkan barang keperluan asas dan makanan untuk keperluan mangsa di pusat pemindahan banjir.

Barang-barang yang dikumpulkan hari ini akan terus dibawa ke tempat pengumpulan barang di Dewan Merbau seksyen 17 Shah Alam.

Penyumbang diminta untuk meletakkan label pada barang sumbangan terutamanya pakaian bagi mempercepatkan urusan penghantaran barang-barang ke pusat pemindahan banjir.

Lori pertama akan bergerak dari Dewan Merbau jam 9:30 malam ini ke lokasi-lokasi pusat pemindahan banjir.

Tiada ulasan: