Bernama
Telekom
Malaysia Bhd (TM) mengesahkan ia akan menjalankan ujian 5G dengan
Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan tersebut.
KUALA LUMPUR:
Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan ia akan menjalankan ujian 5G
dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan
tersebut.
"Semasa ujian perintis,
pelanggan pascabayar mudah alih unifi dengan peranti 5G yang diperakui
akan dapat merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan 5G di kawasan
terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya," kata syarikat
telekomunikasi itu dalam satu kenyataan hari ini.
TM berkata, kesalinghubungan teknologi dan digital telah menjadi satu keperluan dalam ekosistem hari ini.
Menurutnya, pelancaran 5G itu akan meningkatkan lagi penciptaan nilai bagi pengguna, PKS mikro dan perniagaan korporat.
"Kami
akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyediakan 5G bagi negara
dan mempercepat lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah
Digital Malaysia," kata TM sebagai responsnya kepada laporan berita
mengenai syarikat itu menjalankan ujian 5G dengan DNB.
DNB,
milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan telah diberi mandat oleh
kerajaan untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan
infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.
Pada
3 Dis, DNB berkata ia menjangka melancarkan 10 peratus liputan
perkhidmatan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur pada akhir
bulan ini dengan bilangan tapak kumulatif sebanyak 500 tapak.
Bilangan
ini akan ditingkatkan kepada 4,018 tapak atau 40 peratus liputan di
kawasan berpenduduk di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Perak pada 2022.
DNB juga menyasar mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk negara ini menjelang 2024 dengan 7,509 tapak. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan