Bernama
Menurut
MetMalaysia angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan
ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan
perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 7 Dis. -
fotoBERNAMA
PASIR MAS: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 sehari kepada setiap mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah
Mohd Yusuf berkata peruntukan itu meliputi bekalan makanan berkhasiat
tiga kali sehari kepada mangsa yang akan diselaraskan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kerajaan akan sentiasa memastikan kebajikan mangsa banjir dijaga terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Mangsa
banjir juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan prosedur
operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar tidak berlaku sebarang
penularan wabak COVID-19," katanya kepada pemberita selepas membuat
lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di sini, hari ini.
Dalam
perkembangan sama, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang
menasihatkan mangsa banjir supaya tidak menyembunyikan status sekiranya
positif COVID-19 kerana tindakan itu boleh menyebabkan berlaku penularan
dan menyusahkan orang lain.
"Di PPS
memang kita ada sediakan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk membuat pemeriksaan kepada setiap mangsa dan turut
menyediakan SOP khusus di PPS supaya keselamatan semua mangsa
terpelihara," katanya.
Menurut info
bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 12 tengah
hari, jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dekat Pasir Mas yang
ditempatkan di PPS SK Tok Deh kekal 33 orang, membabitkan enam keluarga.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan