Khamis, 23 Disember 2021

Sungai Pahang catat paras bahaya di lima kawasan

Aras air Sungai Pahang mencatatkan paras bahaya di lima kawasan, manakala satu lagi berada pada bacaan amaran. - Foto BERNAMA
Aras air Sungai Pahang mencatatkan paras bahaya di lima kawasan, manakala satu lagi berada pada bacaan amaran. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan status aras air Sungai Pahang mencatatkan paras bahaya di lima kawasan, manakala satu lagi berada pada bacaan amaran. 

Sebahagian mangsa banjir di Kampung Tanjung Pulai, diselamatkan oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas kawasan pesisir Sungai Pahang sudah dinaiki air banjir. - Foto STR/FARIZUL HAFIZ AWANG
Sebahagian mangsa banjir di Kampung Tanjung Pulai, 
diselamatkan oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat 
Malaysia (JBPM) selepas kawasan pesisir Sungai Pahang 
sudah dinaiki air banjir. - Foto STR/FARIZUL HAFIZ AWANG

JPS dalam satu kenyataan ringkas hari ini, berkata aras air Sungai Pahang mencatatkan bacaan amaran di kawasan Paloh Hinai, Pekan.  "Aras air Sungai Pahang mencatatkan paras bahaya di Sungai Bera, Water Front dekat Bera; Sungai Kundang, Maran serta Lubuk Pasu dan Kuala Krau di Temerloh.  

"Penduduk dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa berwaspada. Sila patuhi arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: