Abd Hadi Che Awang
Sesi
persekolahan secara bersemuka diteruskan di kesemua negeri yang berada
di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara sehingga cuti penggal bermula
hujung minggu ini (10 Disember), kata Radzi Jidin. - Gambar fail Astro
AWANI
PENDANG:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan sesi persekolahan
secara bersemuka di kesemua negeri yang berada di dalam Fasa 4 Pelan
Pemulihan Negara (PPN) sehingga cuti penggal yang dijadualkan bermula
pada hujung minggu ini (10 Disember).
Menteri
Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, keputusan yang dibuat itu
selaras dengan ketetapan KPM sebelum ini meskipun menerima cadangan
daripada banyak pihak agar sesi persekolahan ditutup lebih awal.
Beliau
berkata, keputusan untuk menutup mana-mana sekolah juga hanya boleh
dibuat berdasarkan saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas
penilaian risiko penularan COVID-19 di sekolah terlibat dilaksanakan.
Dalam
masa sama, Radzi turut memaklumkan, kes aktif positif COVID-19
membabitkan pelajar ketika ini adalah sekitar 200 hingga 250 orang
berbanding jumlah keseluruhan pelajar yang hadir ke sekolah iaitu
sekitar 4.5 juta orang.
"Secara umumnya
kita lihat di dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, kita tahu ada
kes di luar sana, itu tak dapat dielakkan.
“Namun
dalam konteks data yang kita ada, jumlah (pelajar positif COVID-19)
adalah jauh lebih rendah daripada jumlah keseluruhan murid… jadi kita
perlu lihat bahawa kita hendak bergerak ke fasa endemik, ini (tetap)
akan berlaku.
"Tetapi dengan SOP
(prosedur operasi standard) yang ada, kita cuba kawal daripada berlaku
penularan dengan lebih besar atau banyak dan Insya-Allah sesi
persekolahan akan berterusan hingga akhir penggal ini,” jelas beliau.
Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun di sini, pada Ahad.
Dalam
pada itu, mengulas mengenai masalah keciciran dalam kalangan pelajar,
beliau berkata, sesi persekolah yang dijalankan secara bersemuka mampu
menjadi langkah terbaik dalam meminimumkan masalah berkenaan.
"Dalam
konteks ini saya sentiasa tekankan persekolahan secara bersemuka perlu
dilaksanakan sebab cara itu dapat tahu sebarang masalah berkaitan murid
dengan lebih dekat (dan) intervensi dapat dibuat dengan lebih awal
selain keciciran dapat diminimumkan,” tambah beliau.
Menurut
Radzi juga, sekalipun pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
dilaksanakan ketika sekolah ditutup untuk tempoh yang panjang, namun,
hal yang tidak boleh dinafikan ialah perasaan pelajar yang ‘renggang’
dengan sesi persekolahan.
“Sebab (itu)
walaupun ramai kata jangan dibuka dulu (sekolah), kita sudah bincang
bahawa amat penting sekolah dibuka dan lihat apa intervensi perlu
dilaksanakan supaya anak-anak (kembali) 'rapat' dengan sistem
persekolahan,” tegas Radzi lagi.
Terdahulu,
bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menyatakan rasa terkejutnya
dengan jumlah pelajar yang berhenti sekolah semenjak Mac 2020 sehingga
Julai 2021 iaitu seramai 21, 316.
Maszlee
turut mendoakan agar negara dan bangsa dapat diselamatkan daripada
ketidaktentuan masa hadapan serta kebobrokan para penguasa yang jadong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan