MALAYSIA POST
SEORANG pemimpin PAS mengakui parti itu terasa hati dengan serangan serta perbuatan Umno terhadap PAS dalam isu berkaitan kedudukan Muafakat Nasional (MN).
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata PAS juga mendengar pelbagai kata dari sudut politik bahawa ia rugi bersama Perikatan Nasional (PN) kerana Bersatu tiada akar umbi serta tidak banyak cawangan yang menyukarkan usaha menggerakkan jentera pilihan raya.
“Namun bagi PAS yang juga bersifat harakatu dakwah, Bersatu juga MAD’U PAS. Begitu juga tanggapan sesetengah orang yang anggap PAS tak bermaruah bila pimpinan tertinggi Umno duk balun dan buli PAS, namun PAS masih tak isytihar putus hubungan dengan UMNO dalam MN.
“PAS bukan tak dengar dan tak terasa hati dengan serangan dan Perbuatan UMNO terhadap PAS namun PAS melihat suruhan Allah agar menjaga persaudaraan dan ia sebahagian dari nikmat Allah adalah lebih utama dari serangan Umno itu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Mokhtar berkata PAS melihat serangan itu hanya dtg dari beberapa orang individu dalam Umno seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Datuk Seri Ahmad Said, sedangkan pemimpin lain masih masih cintakan MN.
“Mengapa melihat Umno itu hanya DS Zahid, Tok Mat Hasan dan Mat Said? Lihat sama TS Annuar Musa, DS Ismail (Sabri Yaakob) dan DS Shahidan Kassim. Juga lihat sama ahli-ahli Umno di bawah yang masih cintakan MN.
“Lalu sebagai harakah Dakwah PAS terus bergerak dengan semangat dakwahnya bukan hanya semangat politik.
Walau apa pun semua jentera PAS tetap akan akur dengan keputusan tertinggi parti,” katanya.
Mokhtar berkata PAS adalah parti politik, dakwah dan tarbiyah, maka sebab itu walaupun ada kalanya pendekatan dan keputusan yang diambil kelihatan tidak menguntungkan dari sudut politik, namun sangat memberi kebaikan dari sudut dakwah.
“Ada orang duk perli kononnya PAS bodoh masuk bertanding di Sarawak. Bertanding pun satu kerusi sahaja. Macam mana nak ambil alih kerajaan negeri dengan hanya satu kerusi? Itu pun kalau menang.
“Di sinilah bezanya pemikiran PAS berbanding mereka yang bukan PAS. Dalam kepala ahli politik sekular hanya politik dan kuasa yang ada dlm fikiran mereka,” katanya lagi. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan