NADA pucuk pimpinan Pas berbeza berhubung keputusan kerjasama dalam
gagasan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan bersama Umno.
Ketika Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah menunjukkan tanda noktah kepada kerjasama itu namun Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin pula menyatakan belum ada sebarang keputusan mengenainya.
“Saya rasa kita belum buat keputusan untuk tolak Umno pun, hubungan masih ada, tak ada apa-apa perubahan sampai hari ini.
“Apa pun perkara ini dijangka dibincang dalam Majlis Syura Ulama PAS pada minggu depan,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.
Semalam, Abdul Hadi berkata, PAS menolak MN kerana Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika membentuk gagasan itu pada tahun 2019.
Katanya, berdasarkan piagam MN, Umno harus terbuka untuk menerima Bersatu, namun Umno menerusi perhimpunan agungnya Mac lalu, memuktamadkan menolak kerjasama dengan parti serpihan itu.
Pada masa sama, PAS akan turut mempertahankan Perikatan Nasional (PN), yang dianggotai oleh parti itu bersama Bersatu. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan