Oleh Zuhayati Yazid
Langkah awal elak wabak merebak, sektor kesihatan tenat
BANGI – Kawalan pergerakan adalah langkah paling sesuai dilaksanakan bagi mengekang varian Omicron COVID-19 daripada merebak dan menjadi tidak terkawal.
Pengerusi Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Selangor, Dr Norzaidi Zakaria berkata, langkah itu penting supaya keadaan menjadi terkawal terutama melibatkan golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak.
“Kita perlu bertindak segera dengan melaksanakan pergerakan kawalan dan hadkan pergerakan kepada perkara-perkara yang penting sahaja.
“Untuk bercuti atau perkara-perkara yang tidak penting sebolehnya kita ditangguhkan dahulu kerana bimbang keadaan melarat dan sekali gus menyebabkan sistem jagaan kesihatan sektor awam tenat seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Dalam masa sama, katanya orang ramai dinasihatkan supaya jangan bersikap tidak peduli dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
Katanya, ini kerana semakin ramai dilihat mula mengambil ringan dalam pematuhan SOP ditetapkan berbanding sebelum ini.
“Pastikan SOP kekal dipatuhi ketika kita cuba menjalani kehidupan bersama kewujudan Omicron ini.
“Saya yakin sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga sesama sendiri perkara ini boleh dikawal,” tegas beliau.
Malaysia hari ini merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.
Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar sambil memaklumkan pelajar terbabit sudah
diarah menjalani kuarantin diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan