Jumaat, 3 Disember 2021

Laluan Jalan Tapah-Cameron Highlands ditutup sementara

BH ONLINE

Keadaan tanah runtuh di beberapa kawasan sepanjang Jalan Tapah - Cameron Highlands berikutan hujan lebat pada petang semalam. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

IPOH: Laluan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands di Seksyen 62.65 ditutup sementara bermula hari ini, bagi kerja kecemasan akibat tanah runtuh petang semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Cameron Highlands dalam satu kenyataan, berkata laluan itu ditutup kepada semua kenderaan sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

"Kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan dan penutupan sementara laluan berkenaan perlu demi keselamatan serta keselesaan pengguna.

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian tanah runtuh di laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 4.25 petang.

"Tiang elektrik juga tumbang dan laluan kedua-dua arah terhalang. Kejadian ini bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda orang awam," kata Wan Azharuddin. - BERNAMA

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin 
Wan Ismail

Tiada ulasan: