Jumaat, 3 Disember 2021

Adik saya selalu jawab telefon - Muhammad Kamal

IPOH: "Memang terdetik dalam hati, adik saya yang tertimbus kerana dia tak balas panggilan telefon," kata Muhammad Kamal Hamdi, 40, abang mangsa tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Muhammad Hafiz, 31.

Muhammad Kamal berkata, beliau selalu memberi maklumat berkaitan kemalangan atau tanah runtuh dalam kumpulan Whsap keluarga.

Katanya, Muhammad Hafiz tidak membalas hantaran maklumat semalam walaupun biasanya dia orang pertama suka memberi respons.

"Saya menelefon beberapa kali tapi dia tak jawab. Saya rasa tak sedap hati kerana sesuatu buruk mungkin berlaku," katanya di tempat kejadian.

Mayat Muhammad Hafiz yang juga pemandu lori dikeluarkan dari runtuhan jam 10.50 malam tadi dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk post-mortem.

Muhammad Kamal berkata, jenazah adiknya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit, Tanjung Piandang, esok.

Katanya, Muhammad Hafiz meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Tiada ulasan: