Ahad, 5 Disember 2021

Kuala Terengganu daerah terbaru dilanda banjir

Foto NSTP
Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, di sini, diaktifkan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) bagi menempatkan 13 mangsa banjir membabitkan tiga keluarga, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pembukaan PPS berkenaan jam 6.30 petang tadi menjadikan Kuala Terengganu daerah terbaru dilanda banjir selepas Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Bagaimanapun, katanya, PPS yang diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir di Besut dan Setiu sudah ditutup berikutan keadaan banjir di dua daerah terbabit semakin pulih.

Susulan pembukaan PPS berkenaan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 39 orang membabitkan lapan keluarga sehingga jam 12 tengah malam tadi.

"Dua PPS yang diaktifkan sebelum ini iaitu SK Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan, di Kuala Nerus masih kekal dengan 26 mangsa membabitkan lima keluarga," katanya.

Tiada ulasan: