Rabu, 1 Disember 2021

55 kematian baharu Covid-19

Selangor mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam iaitu
 sebanyak 10 kes.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 55 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, lapan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,425.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing enam), Pulau Pinang dan Sabah (masing-masing lima); Kelantan, Pahang, Perak dan Sarawak (masing-masing empat), Johor (tiga) serta Melaka dan Negeri Sembilan (masing-masing dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,153 kes aktif dilaporkan, termasuk 509 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 252 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,168 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,632,782.

Tiada ulasan: