KUALA LUMPUR: Sebanyak 191 lokasi jalan di enam negeri masih berdepan situasi bencana sehingga jam 10 pagi tadi, susulan kejadian banjir dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), memaklumkan enam negeri yang terbabit adalah Pahang iaitu di lapan daerah dan Selangor di tujuh daerah.
Selain itu, di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah, masing-masing membabitkan dua daerah dan Terengganu di satu daerah.
Katanya, sebanyak 144 lokasi berdepan bencana banjir, 10 lokasi banjir kilat, 23 lokasi cerun runtuh dan 11 lokasi jalan runtuh.
"Kejadian jalan mendap berlaku di satu lokasi dan jambatan runtuh
atau rosak di dua lokasi, yang semuanya membabitkan 68 Jalan Persekutuan
dan 120 Jalan Negeri," katanya melalui Twitter, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan