Oleh KHUZAIRI ISMAIL
SEORANG lelaki OKU ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Baru, Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi.
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Baru, Ladang Byram, di sini malam tadi.
Mangsa, Lai Sin Nguan, 35, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba di lokasi kejadian namun punca kematian masih dalam siasatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.45 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan maklumat awam ketika tiba di lokasi kejadian, pihak bomba dimaklumkan seorang lelaki OKU dipercayai telah terjatuh ke dalam parit dan mangsa tenggelam.
“Bomba segera melakukan pencarian menggunakan peralatan ‘grappling iron’ dan berjaya menemukan mangsa sebelum dinaikkan ke darat dan disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurutnya, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal itu ditamatkan pada pukul 1.25 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment