Friday, August 27, 2021

Nenek berusia 104 tahun terima vaksin

 Oleh ASLIZA MUSA

K. Letchemy selepas selesai menerima suntikan vaksin di Hospital Columbia Asia di sini hari ini.

TAIPING – Biarpun pergerakannya terhad, ia tidak menghalang seorang wanita warga emas untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di Hospital Columbia Asia di sini hari ini.

K. Letchemy, 104, yang tinggal di Assam Kumbang dibawa ke pusat pemberian vaksin (PPV) hospital berkenaan ditemani dua cucunya untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer.

Cucu Letchemy, Dr. K. Thangamani, 59, berkata, neneknya itu memahami tujuan vaksinasi setelah diberi penerangan oleh ahli keluarga.

Katanya, wanita itu juga tidak membantah selepas diberitahu yang dia perlu disuntik.

“Setiap kali menonton televisyen dan ada iklan atau berita yang memaparkan tentang Covid-19, kami akan beritahu dia tentang bahaya wabak itu dan kenapa vaksin perlu diambil.

“Nenek setuju dan tidak menunjukkan rasa takut pun. Dia memang seorang yang kuat semangat, suntikan ini pun bagus untuk dia sebagai melindungi diri menentang wabak berbahaya itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Thangamani berkata, dia yang telah menjaga warga emas itu sejak 20 tahun lalu berasa lega dan gembira kerana wanita itu telah divaksin. – K! ONLINE.

No comments: