Eton Khir
Anggota
Kabinet harus merangkumi golongan pakar termasuk ahli teknorat melalui
lantikan senator, kata Profesor Kartini Aboo Talib. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Pemilihan anggota Kabinet baharu yang seimbang adalah penting bagi
menentukan perjalanan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan
Malaysia, Profesor Kartini Aboo Talib, anggota Kabinet baharu juga harus
merangkumi golongan pakar termasuk teknorat melalui lantikan Senator.
"Kabinet
ini juga harus seimbang dengan adanya kepakaran teknokrat, boleh juga
bekerjasama dalam usaha memastikan keseimbangan antara pembangkang dan
juga kerajaan," katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI Khas pada Sabtu.
Kartini
berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan menggantikan
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam masa
sama, beliau turut berpendapat, kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri
juga boleh meneruskan dasar pemulihan sedia ada dengan melakukan
penambahbaikan.
Kartini berkata, Perdana
Menteri juga harus membuka ruang dialog dalam mencari idea penyelesaian
kepada krisis kesihatan dan ekonomi negara.
Ismail
Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara
40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan
Muhyiddin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas selepas kehilangan
majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Naib
Presiden UMNO itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Balai
Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 2.30 petang Sabtu.
Istiadat
Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah
Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di
hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah.
No comments:
Post a Comment