Selasa, 13 April 2021

Warga emas bakal terima suntikan vaksin Sinovac dari China

Farhira Farudin

Peratus keberkesanan Sinovac adalah 83.7% bagi kes sederhana dan 100% bagi kes-kes yang tenat

Warga emas berusia 60 tahun ke atas akan diberikan suntikan vaksin Sinovac keluaran China, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Khairy yang merupakan menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata berkata vaksin Sinovac itu disahkan selamat dan efektif.

Pada sidang media hari ini, beliau berkata keputusan itu diambil oleh
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) berdasarkan data kadar keberkesanan suntikan vaksin tersebut ke atas kes-kes tenat.

Peratus keberkesanannya adalah 83.7% bagi kes sederhana dan 100% bagi kes-kes yang tenat.

“Berdasarkan data terkini, Sinovac diterima sebagai vaksin selamat, efektif dan stabil untuk diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.”

Beliau turut menambah 100% kadar keberkesaan Sinovac itu terhadap kes-kes tenat adalah penting bagi memastikan warga emas dilindungi dari virus tersebut.

“Ia memang efektif dalam mencegah kes-kes tenat daripada berlaku,” katanya.

“Inilah yang sebetulnya apa yang kami mahu cegah sebelum ia berlaku kepada warga emas.”

Warga emas akan menerima suntikan vaksin pada 19 April dengan mereka yang dikategorikan kumpulan yang berisiko tinggi.

Tiada ulasan: