Khamis, 15 April 2021

Maidam agih zakat Ramadan kepada 22,857 KIR minggu depan

Oleh ROSALINDA MD SAID

KUALA TERENGGANU: Seramai 22,857 ketua isi rumah (KIR) di negeri ini akan menerima bantuan zakat Ramadan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bermula minggu depan.

Yang Dipertuanya, Datuk Osman Muda berkata, sebanyak RM13,495,300 diperuntukkan pada tahun ini bagi membantu meringankan bebanan asnaf dalam situasi pandemik Covid-19.

Katanya, Maidam turut bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan zakat kerana memahami kesusahan yang dihadapi golongan berkenaan.

“Oleh itu, kadar bantuan zakat dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 bagi bilangan isi rumah tiga orang dan ke bawah termasuk KIR manakala bagi isi rumah empat orang ke atas, kadarnya dinaikkan kepada RM700.

“Bayaran akan disalurkan terus kepada akuan penerima bermula minggu depan dan mudah-mudahan bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: