BAGAN SERAI: Seorang lelaki ditemui maut dalam parit dengan keadaan tertindih motosikal di Jalan Parit 5, Kubu Gajah, Semanggol, disini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Mohammad Sallehuddin Mohd Khir, 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5, dalam perjalanan dari Parit 5, Kubu Gajah menghala ke Pekan Semanggol.
"Siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke dalam parit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia.
"Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat," katanya dihubungi media.
Mazuki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan