KLANG: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat untuk meneruskan semula pelaksanaan pertukaran pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.
“Tidak ada apa-apa yang luar biasa.. tetapi di saat akhir, saya bercuti sebenarnya. Saat akhir dapat arahan (pertukaran) hendak ditangguhkan. Saya akan berjumpa dengan beliau (menteri) dan saya akan berikan penjelasan mengapa ia perlu diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor, di Tapak Padang Surau An-Nur di sini hari ini.
Semalam, satu hantaran di Facebook yang tular ia mengaitkan penglibatan menteri dalam negeri dalam urusan polis berhubung penangguhan itu.
"Saya akan berjumpa dengan Menteri untuk menjelaskan kedudukan saya, tindakan saya keluarkan perintah pertukaran…. pegawai kanan polis) dilaksanakan saya sebagai Ketua Polis Negara, dalam undang-undang itu mengatakan bahawa ‘the command and control’, kawal selia polis adalah tanggungjawab saya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan