Ahad, 11 April 2021

Isteri maut ditolak suami dari tingkat 18, gara-gara cemburu

 Malinda Abdul Malik

54DEB166-901E-45C9-A999-446CF4F8A0E2-e1618118773802
S. Primila dipercayai mati akibat ditolak suaminya dari kediaman mereka di tingkat 18 Kondominium Bukit Awana di sini.

GEORGE TOWN – Penemuan mayat seorang wanita di atas bumbung bilik panel suis elektrik di Blok 11, Kondominium Bukit Awana, Ayer Itam semalam merupakan mangsa bunuh yang dipercayai dilakukan oleh suami mangsa.

Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan suspek yang  mengaku menolak mangsa, S. Primila, 35, dari tingkap ruang tamu di tingkat 18 kediaman mereka.

MG-UTARA-31032021_13
Soffian Santong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mayat ejen insuran itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring pada jam 12.06 tengah malam sebelum memaklumkan pada pihak berkuasa.

“Susulan itu pihak polis menahan suaminya berusia 34 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Hasil soal siasat ke atas tukang masak itu dia mengakui berlaku pergaduhan antara mereka sebelum bertindak menolak mangsa dari tingkap (ruang) tamu kediaman di tingkat 18,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

5EC7CFB3-2F12-40B6-81E3-640E42D02CF3
Pihak bomba membantu polis mengangkat mayat 
mangsa bunuh di Kondominium Bukit Awana,
Ayer Itam di sini.

Menurut Soffian, siasatan lanjut mendapati suspek berasa curiga mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan ia menjadi punca pasangan suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga lebih setahun itu bergaduh.

 

“Pihak polis turut merampas dua buah telefon bimbit serta daun kering dipercayai dadah ketika memberkas suspek.

“Suspek yang positif ganja itu kini direman selama enam hari sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar Soffian. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: