Putrajaya: Prihatin dengan masalah serta beban dihadapi individu yang terkesan dengan pandemik Covid-19, rangkaian filem penapis haba terbesar di negara ini, UV Kool Tint melancarkan Bank Makanan di setiap cawangannya.
Pengarah Urusan TMK Industries, Mohd Fadzli Che Harun berkata, inisiatif ini diambil rangkaian itu sebagai cara untuk pemilik cawangan berkongsi rezeki dalam membantu golongan memerlukan.
"Untuk membantu golongan memerlukan, kami cuba memastikan golongan kurang berkemampuan dapat mengisi perut supaya tidak berlapar.
"Disebabkan itu kami memberikan bantuan dengan menyediakan Bank Makanan berupa barangan keperluan asas ini di 26 cawangan dan mereka yang memerlukan boleh datang untuk mengambil bantuan," katanya pada Majlis Pelancaran Food Bank UV Kool Tint di sebuah hotel di sini.
Pada majlis itu, Mohd Fadzli turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 20 asnaf terpilih.
Mohd Fadzli berkata, setakat ini cawangan UV Kool Tint sudah berada di seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak serta Perlis dan Food Bank berkenaan akan dibuat secara berperingkat di semua cawangan.
Katanya, walaupun rangkaian itu baru berkembang, namun pihaknya tetap komited dalam membantu golongan yang terkesan sepanjang pandemik berkenaan.
Tambahnya, perkembangan terkini program Food Bank di seluruh 26 cawangan itu akan disalurkan menerusi laman web www.uvkool.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan