Sabtu, 17 April 2021

Ada lagi iklan raya judi di web, siap hiasan ketupat

Analisis

SUDAH dekat 24 jam riuh rendah sebuah operator judi online menyiarkan video iklan bertemakan hari raya.

Memang sangat menyinggung dan selayaknya beramai-ramai umat Islam membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Cuma tidak pasti operator itu sah atau haram kerana judi dibolehkan di Malaysia, selagi berlesen.

Namun umumnya, mempromosikan judi adalah salah di bawah undang-undang Malaysia.

Setakat ini, SKMM kata kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Kata SKMM, akta itu di bawah polis.

Justeru apa SKMM boleh buat?

Dalam kenyataan suruhanjaya itu hari ini memberitahu pihak yang terlibat seperti produksi dan pelakon perlu peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi online, yang jelas satu kesalahan.

Justeru apa SKMM buat setakat ini?

Berkomunikasi dengan penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan kandungan iklan itu.

Tiada ulasan: