Selasa, 16 Mac 2021

Suspek bunuh isteri tiba di mahkamah

KOTA TINGGI: Suspek utama kes menembak isterinya menggunakan senapang angin di Taman Saujana Kota Tinggi, 1 Mac lalu, tiba di perkarangan Mahkamah Kota Tinggi, kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Suspek berusia 43, memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bergari tiba dengan kawalan ketat polis pengiring, dilihat tenang namun menutup mukanya apabila jurugambar cuba mengambil gambar.

Pada 5 Mac lalu, media melaporkan misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi Khamis lalu.

Suspek dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Tiada ulasan: