Ahad, 21 Mac 2021

Polis Johor cari Datuk Seri Nicky

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan Datuk Seri Nicky yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial.

JOHOR BAHRU: Polis mengesan seorang  Datuk Seri  bagi membantu siasatan berhubung  sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33,  beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor. 

Menurut beliau, pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang. 

“Semalam, polis Johor mengadakan operasi melalui serbuan di Puchong dan menahan 12 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. 

Ayob Khan berkata, pihaknya percaya Nicky masih berada di Puchong dan akan menjalankan usaha bagi mengesannya. 

Katanya, dua kertas siasatan berkaitan kes tersebut  dibuka  di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Empat tahun lalu,  Nicky pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)  di Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang di Kuala Lumpur.-  UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: