Firdaus Azil

Perikatan Nasional tawaran baharu untuk Malaysia, akan kekal untuk
tempoh yang panjang - PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR:
Gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah tawaran baharu untuk rakyat
Malaysia, dan parti itu akan kekal untuk tempoh masa yang lama, kata
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi
PN itu berkata, gabungan berkenaan ingin kekal sebagai sebuah gabungan
politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi yang akan datang,
serta mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten.“Kita
ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka
dengan penuh prihatin. Kita mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus
memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama.
“Kita
komited untuk mentadbir negara ini dengan berintegriti dan berwibawa
demi memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat seluruhnya,” katanya
lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-49 Gerakan secara dalam talian, hari ini.
Mengulas
lanjut, Muhyiddin berkata, beliau sentiasa mementingkan sentimen dan
kehendak rakyat mahukan sebuah kerajaan dan pentadbiran yang lebih baik
dan cekap.
Katanya lagi, harapan rakyat termasuklah kerajaan yang mempunyai integriti dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.
“Saya
yakin, Kerajaan Perikatan Nasional menepati sebahagian segala komitmen
dan iltizam ini. Kami telah kotakan janji kami kepada rakyat.
“Perikatan
Nasional mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan
politik, mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu
dalam sebuah negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik
dalam pentadbiran Kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
Inilah prinsip-prinsip asas yang menunjangi pembentukan Perikatan
Nasional,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan