Ahad, 21 Mac 2021

PKPD Kampung Tringgus ditamatkan esok

 Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak ditamatkan mengikut jadual esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 55 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak empat kes positif direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak pada 21 Mac (esok) seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: