Selasa, 2 Mac 2021

Kelantan saran (KKM) ambil tindakan kakitangan tidak patuh etika kerja

Malaysiakini

Kerajaan negeri Kelantan menyarankan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan terhadap kakitangan yang tidak patuh pada etika kerja dalam isu dakwaan potong barisan’ suntikan vaksin Covid-19 yang didakwa didedahkan oleh petugas kesihatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit terutamanya dalam isu ‘potong barisan’ suntikan vaksin Covid-19 yang didakwa ditularkan kakitangan kementerian itu sendiri.

Katanya, KKM seharusnya memperkemaskan pentadbiran dan mengambil tindakan terhadap kakitangan yang mungkin lalai daripada prosedur sepatutnya.

"KKM perlu buat siasatan kerana perkara ini mencemarkan nama baik kerajaan negeri. Saya tak pernah ambil hal dengan perkara ini tetapi

Perkara ini perlu dilakukan siasatan memandangkan ia telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri dan saya tidak pernah mengambil hal perkara seperti ini. Tetapi apabila kerajaan negeri Kelantan dilabelkan sebagai negeri Islam dicemarkan dengan perkara ini, maka imej kita jadi tidak baik," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Anggota dewan undangan negeri (Adun) Kijang itu berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dakwaan potong barisan oleh kerajaan negeri dalam isu pemberi vaksin peringkat awal di negeri itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan kerajaan negeri menyusun semula senarai penerima vaksin Covid-19 terawal yang dijadualkan berlangsung hari ini di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, kata sumber.

Menjelaskan perkara itu, katanya, penyusunan semula berkenaan berkemungkinan dibuat selepas isu dakwaan berlakunya 'potong giliran' golongan barisan hadapan (frontliner). 

Sebelum ini juga perkara itu diberi perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin meminta pemberi maklumat untuk tampil sekiranya mempunyai aduan mengenai dakwaan cubaan memotong barisan dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

Dia berkata demikian sebagai menjawab ciapan Twitter doktor perunding dan ahli nefrologi Dr Rafidah Abdullah yang menyorot berhubung aduan bahawa pegawai dari pejabat setiausaha negeri (SUK) Kelantan berusaha untuk memotong barisan.

Sementara itu Izani menegaskan pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan itu kerana imej kerajaan negeri yang tercalar.

Sehubungan itu tambahnya, laporan polis akan dibuat bagi menafikan perkara tersebut selain mahu pihak berkuasa menyiasat lebih lanjut.

Tiada ulasan: