Fauzi Suhaimi
Ismail
Sabri berkata kejayaan itu adalah hasil inisiatif kerajaan yang
melaksanakan
PKP pada 18 Mac tahun lalu. -Astro AWANI / Fauzi Suhaimi
KUALA LUMPUR:
Kejayaan Malaysia melandaikan keluk jangkitan COVID-19 sehingga pernah
mencapai sifar jangkitan tiga hari berturut-turut adalah atas usaha
berterusan semua pihak khususnya seluruh rakyat di negara ini.
Menteri
Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan itu
adalah hasil inisiatif kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu.
Malah, katanya, perkara itu tidak merujuk mana-mana model negara lain yang berusaha mengawal jangkitan virus itu.
"Kita pernah berjaya dalam memerangi COVID-19.
"Sebenarnya, apa yang dilakukan Malaysia adalah tidak mengikut mana-mana model negara lain. Ia adalah usaha kita sendiri.
"Ini
kerana, tidak sampai dua minggu Kerajaan Perikatan Nasional (PN)
dibentuk dan barisan Jemaah Menteri mengangkat sumpah, kita isytiharkan
pelaksanaan PKP.
"Waktu itu, tidak ada
negara di dunia boleh dijadikan contoh sebab semua negara sedang
bergelut dengan pandemik ini," katanya dalam sidang media khas sempena
Setahun Malaysia Prihatin, di sini, pada Isnin.
Mengulas
lanjut, Ismail Sabri berkata Malaysia juga pernah tersenarai lima
negara terbaik dunia dalam mengawal pandemik COVID-19.
"Dengan pelaksanaan PKP, kita jadi salah satu lima negara terbaik dunia dalam mengawal penularan jangkitan.
"Usaha
yang dibuat ini adalah berdasarkan inisiatif kita sendiri dan pada saya
kita pernah berjaya sehingga status PKP boleh ditukar kepada PKP
Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) suatu ketika dahulu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan