Selasa, 23 Mac 2021

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Johor, Sabah, Sarawak - MetMalaysia

Bernama
Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Johor, Sabah, Sarawak - MetMalaysia
Beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah dijangka alami hujan lebat 
sehingga Khamis. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah.
 
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok sehingga Khamis ini.
 
Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah) hari ini.-- BERNAMA

Tiada ulasan: