KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan merancang membina 25,000 unit rumah untuk didiami
Ismail Sabri berkata, tujuan Program SASaR dilaksanakan kerana kementerian melihat ramai anggota tentera masih lagi tidak mempunyai rumah walaupun sudah bersara.
"Saya sendiri lihat ramai anggota tentera tidak memiliki rumah selepas bersara kerana rumah yang ada berharga mahal dan akhirnya mereka akan menyewa sampai bila-bila.
"Melalui program ini, mereka mempunyai peluang mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga mereka dengan harga berpatutan iaitu serendah RM150,000 bagi keluasan 1,000 kaki persegi (93 meter persegi), RM199,000 bagi 1,100 kaki persegi (102 meter persegi) dan RM250,000 bagi 1,200 kaki persegi (111 meter persegi)," katanya.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, kementerian juga akan membeli sebanyak 2,000 unit rumah siap di Bukit Jalil untuk dijadikan kuarters tentera.
"Ini adalah konsep baharu untuk kemudahan anggota tentera kerana kita tidak mahu berlaku projek kuarters lambat siap atau tidak siap kerana ia boleh memberi kesan kepada jadual perpindahan anggota.
"Kita akan beli sebanyak 2,000 unit rumah daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk dijadikan kuarters," katanya.
Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Pecah
Tanah bagi Pembangunan Projek Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem
Transmitter, Sungai Besi. - Foto FATHIL ASRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan