Ahad, 21 Mac 2021

100 individu ingkar SOP ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan

Astro Awani
100 individu ingkar SOP ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan
100 individu ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah 
Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Seramai 100 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. 
 
Berikut ialah tumpuan kenyataan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini: 
 
1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di daerah Keningau, Sabah bermula 22 Mac hingga 4 April 2021.
 
2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah tamat pada 22 Mac 2021 seperti dijadualkan.
 
3. 100 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 97 dikompaun dan tiga direman.
 
4. Operasi Benteng menangkap 13 PATI serta merampas tujuh kenderaan darat 
 
5. 831 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
 
BACA: PKP dilaksanakan di Keningau, PKPD di Kampung Tanah Merah tamat

Tiada ulasan: