Jumaat, 8 Januari 2021

Polis Kelantan keluarkan 75 kompaun ‘main’ banjir

Oleh YATIMIN ABDULLAH
 
SHAFIEN MAMAT

RANTAU PANJANG: Polis Kelantan mengeluarkan sebanyak 75 kompaun kepada individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ‘berpesta air banjir’ ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, kompaun tersebut dikeluarkan sepanjang tempoh seminggu negeri ini dilanda musibah banjir.

“Kebanyakan individu yang dikompaun ini tidak patuh kepada SOP iaitu berkumpul dalam jumlah ramai pada satu-satu masa.

“Selain itu, mereka tidak menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup separuh muka,” katanya kepada selepas meninjau situasi semasa banjir di Rantau Panjang.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Shafie memberitahu, kompaun akan terus dikeluarkan kepada individu yang gagal mematuhi SOP. kerana peringkat amaran sudah tamat. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: