Jumaat, 8 Januari 2021

Penunggang motosikal yang ditumbuk polis trafik ada 58 saman jalan raya

AZRUL RADI

Berdasarkan pemerhatian di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan anggota polis trafik tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku di antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi.

“Ketika itu kita sedang elakukan satu operasi sekatan jalan raya (SJR) di lorong motosikal di kilometer 28.3 menghala ke Kuala Lumpur.

“Dalam kejadian tersebut, sebuah motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri telah cuba melarikan diri daripada SJR dan melanggar kaki seorang anggota polis trafik yang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, penunggang motosikal itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh anggota yang lain.

Jelasnya, penunggang itu juga dikenakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen menunggang motosikal dan cukai jalan tamat tempoh.

“Semakan juga mendapati penunggang mempunyai 58 saman di atas pelbagai kesalahan trafik.

“Kita telah mengenal pasti penunggang tersebut dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nik Ezanee turut memberitahu yang satu keras inkuiri telah dibuka dan siasatan ke atas anggota yang terlibat sedang dilakukan.

Tambahnya, apa sahaja salah laku pegawai dan anggota akan disiasat dengan teliti dan tindakan akan diambil dari sudut undang-undang dan tatatertib jika wujud kesalahan. -SM

Tiada ulasan: