Rabu, 20 Januari 2021

Pakej PERMAI mampu legakan rakyat

HARAKAH DAILY

KOTA BHARU: Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumum kerajaan kelmarin dianggap banyak pihak sebagai melegakan rakyat.

Mereka yang hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setidak-tidaknya dapat menarik nafas seketika.

Antaranya pemandu bas, teksi dan e-hailing akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 yang melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM66 juta.

Adun Mengkebang, Ustaz Muhamad Mat Sulaiman berkata, langkah tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional susulan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Katanya, beliau bagi pihak rakyat di Dun Mengkebang Kuala Krai merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pakej PERMAI juga menyediakan bantuan one-off dan bayaran bulanan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dan petugas hadapan lain.

“Bantuan itu difahamkan akan disalurkan pada suku pertama 2021 dan berterusan sehingga wabak Covid berakhir,” katanya di sini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej PERMAI bernilai RM15 bilion menerusi 22 dengan tiga matlamat, memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Ahli Lembaga Pengarah Kesedar, Ustaz Azman Ahmad pula berkata, pakej bantuan tersebut mengurangkan beban mereka yang membuat pinjaman dengan bank setelah kerajaan melanjutkan moratorium. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: