Khamis, 21 Januari 2021

Operasi restoran, kedai makan dilanjut sehingga 10 malam

ainulillia

Keputusan baru ini akan berkuat kuasa esok: Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Waktu operasi untuk restoran dan kedai makan dilanjutkan sehingga 10 malam, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini termasuk restoran, penjaja, gerai tepi jalan dan bentuk perkhidmatan lain, yang melibatkan makanan.

“Kami telah menerima permintaan dari peniaga dan masyarakat untuk membenarkan kedai makan beroperasi lebih lama.

“Majlis Keselamatan Nasional (MKN) telah bersetuju untuk membenarkan perniagaan makanan beroperasi hingga jam 10 malam semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Keputusan baru ini akan berkuatkuasa pada hari Jumaat (22 Januari),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, berikutan keputusan ini, waktu operasi perkhidmatan penghantaran makanan juga telah dilanjutkan sehingga jam 10 malam.

Pemerintah pada awalnya mengizinkan perniagaan makanan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Namun, ia mencetuskan bantahan serta ketidakpuasan hati para peniaga dan pembeli kerana tempoh yang singkat untuk membeli makanan selepas pulang dari tempat kerja masing-masing.

Tiada ulasan: