Jumaat, 1 Januari 2021

Nasib 43 peniaga terjawab Isnin ini

 Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

NOH OMAR

KUALA LUMPUR: Nasib 43 peniaga yang sebelum ini terjejas selepas gerai diroboh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bakal terjawab Isnin ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Bin Che Ali  hari ini bagi berbincang berhubung isu terbabit.

Katanya, hasil  perjumpaan itu menunjukkan reaksi positif  MBSJ dan akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan.

“Mereka (MBSJ ) sebenarnya  bagi tempoh Isnin ini untuk hentikan operasi dan pindahkan barang. Tapi kita minta tangguh roboh gerai supaya peniaga boleh meniaga buat sementara waktu. Selain itu, gerai baharu sebagai tempat ganti itu kita minta dinaik taraf supaya mereka boleh masak dan dijadikan sebagai ‘food court’.

“Selain itu, MBPJ perlu berhentikan dahulu kerja pelebaran jalan buat sementara waktu di kawasan gerai sehingga notis kerja pelebaran jalan dikemukan. Apa-apa pun keputusan Isnin ini, ” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini , semua penjaja terbabit terkesan selepas MBSJ merobohkan gerai makanan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: