Rabu, 20 Januari 2021

MCMC nafi keluarkan poster amaran

Bernama
MCMC nafi keluarkan poster amaran
MCMC menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran 
yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodoh
KauDengarSini menerusi laman Twitter.
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.
 
Dalam kenyataan hari ini, MCMC berkata poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.
 
"Pihak MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: