Jumaat, 22 Januari 2021

Kes penipuan RM1.8 juta: Polis cari enam individu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.
Polis sedang mengesan enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita, bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berjumlah RM1.8 juta.

SEREMBAN – Polis sedang mengesan enam individu iaitu empat lelaki dan dua wanita, bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berjumlah RM1.8 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata, kesemua individu berkenaan ialah Mohd Hafiz Izuan Suhaimi, 27, yang beralamat terakhir di A-2-20, Jalan Larkin Perdana 3, Johor Bahru; Siti Faizatul Husna Azman, 28, yang beralamat di No 40-09-05 Flat Sri Tioman 2, Taman Melati, Kuala Lumpur dan Mohd Haniff Budiman Shabri, 32,  beralamat di No 1, Jalan Hang Lekiu, Taman Dawani, Senai, Johor.

Tiga lagi individu ialah Bong Hann Hwa, 33, yang beralamat terakhir di No 15, Jalan Tiram Beladau 33, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor;  Mohd Arif Palili, 41, di Bt 2, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah serta Oh Chiew Mei, 43, yang beralamat di A-01-13, Taman Bukit Mewah Fasa 9, Jalan Bukit Mewah 9/17, Kajang, Selangor.

“Kesemua individu ini dicari bagi membantu siasatan kes penipuan ke atas seorang wanita berusia 66 tahun pada Disember tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aibee berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muraly di talian 016-7839535 atau 06-6472222.— BERNAMA

Tiada ulasan: