Nur Fazlizai Ali
Pengunjung
yang bertandang ke Terengganu dinasihati agar tidak mengadakan
'pesta
air' di lokasi bencana termasuk di kawasan pantai. - Foto fail
KEMAMAN:
Orang ramai yang tinggal di kawasan dilanda banjir dan pesisir pantai
diingatkan supaya mengawasi anak-anak mereka bermain air banjir bagi
mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pesanan
yang sama juga ingatkan kepada pengunjung yang bertandang ke negeri ini
agar tidak mengadakan 'pesta air' di lokasi bencana termasuk di kawasan
pantai.
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abdul Rashid berkata
berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati masih ada segelintir
kanak-kanak bermain air banjir tanpa memikirkan risiko yang mungkin
dihadapi.
Justeru Md Hilman meminta ibu
bapa mengawasi pergerakan anak mereka di musim banjir kerana tidak mahu
kejadian lemas atau hilang dibawa arus di musim tengkujuh ini.
“Saya
ingin menginatkan orang ramai sekali lagi supaya jangan jadikan musim
tengkujuh sebagai pesta air kerana ia akan menyebabkan nyawa terkorban.
“Kepada
orang ramai terutamanya kepada pengunjung ke Terengganu ini, jangan
ambil peluang untuk bermain di tepi pantai ketika ini kerana ini bukan
masanya untuk berpesta,” katanya.
Beliau
berkata paras air banjir yang naik sukar diramal, malah kedudukan
parit-parit dan sungai juga tidak jelas kerana ia telah melimpah dan ini
mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak yang bermain air banjir.
Md
hilman berkata para pengunjung khususnya yang tinggal di luar
Terengganu mungkin teruja bila melihat fenomena ombak besar yang melanda
sebahagian pantai di negeri ini namun ianya amat berisiko.
Sepanjang
tahun lalu sebanyak 74 peratus mangsa lemas yang direkodkan di negeri
terengganu melibatkan penduduk yang tinggal diluar negeri itu.
Tidak
cakna dan peka dengan keadaan cuaca dan papan tanda yang dipasang di
sepanjang pantai di negeri itu juga dipercayai menjadi penyumbang kepada
kes berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan