Selasa, 5 Januari 2021

Jamal Yunos bakar kerang protes isu kecurian benih

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membakar kerang di perkarangan Wisma Tani di Putrajaya, sebagai gimik untuk meminta Jabatan Perikanan menangani isu kecurian benih kerang di Pantai Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.

Sebelum itu, beliau menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perikanan di Wisma Tani berhubung kes kecurian benih kerang di kawasan itu sejak tiga minggu lepas, yang dakwanya dilakukan sekumpulan warga asing.

Ditemui media selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Kepada Ketua Pengarah Perikanan Mohd Azhar Mohd Zin, Jamal berharap Jabatan Perikanan dapat meningkatkan pemantauan berkala di kawasan pantai berkenaan, termasuk rondaan bersama Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.- Bernama

Tiada ulasan: